Cara Keluarkan Duit ASB

ASB adalah produk simpanan wang yang akan membantu Anda dalam menyediakan simpanan alternatif. Simpanan alternatif ASB ini boleh menjana pulangan atau keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.

Perbezaan antara pelaburan ASB dan akaun simpanan biasa adalah bahawa faedah yang dibayar pada akaun simpanan lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa.

Wang Anda akan terkumpul dengan sendirinya, oleh itu pelaburan ASB adalah pilihan kegemaran bagi orang-orang yang mencari bahan pelaburan, terutamanya untuk pelabur pemula.

Cara Keluarkan Duit ASB

Cara Keluarkan Duit ASB

Walaupun merupakan salah satu instrumen pelaburan yang paling tidak berisiko, itu tidak bermakna Anda pasti berjaya melabur.

Risiko yang sering timbul adalah apabila pelanggan memerlukan dana dengan cepat dan tergesa-gesa untuk mengambil wang yang ada dalam simpanan.

Tidak punya wang adalah sebab yang paling biasa digunakan untuk mengeluarkan wang ASB.

Pada awal pembukaan akaun, seseorang dapat merasa sangat yakin untuk menjimatkan wang tanpa memikirkan bahawa mereka akan memerlukannya suatu hari nanti.

Tetapi kerana keperluan dalam hidup tidak menentu, akhirnya pelanggan juga memerlukan dana cepat dan terpaksa mengeluarkan wang ASB.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Sekiranya Anda memerlukan wang ASB untuk memenuhi keperluan hidup Anda. Anda boleh keluarkan wang dengan cepat melalui perkhidmatan online.

Bermula pada April 2020 pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online. Tentu hal tersebut merupakan berita baik.

Berapa jumlah wang yang boleh dikeluarkan dari ASB melalui cara online ini? Jumlah wang yang boleh dikeluarkan iaitu maksimum RM500 sebulan.

Dan jumlah minimum pengeluaran wang ASB ini iaitu RM100.

Langkah-langkah cara keluarkan wang ASB secara online.

  1. Sila buka laman rasmi www.myasnb.com.my
  2. Sila klik login dan masuk dengan akaun Anda.Login MyASNB Online
  3. Selepas berjaya masuk, sila klik menu Portfolio.
  4. Klik pada Transaksi yang dikehendaki. Pilih Jualan Balik.Cara Keluarkan Wang ASB Secara Online
  5. Baca dan √ tick kotak pengisytiharan dan klik SeterusnyaCara Keluarkan Wang Melalui MyASNB
  6. Masukkan jumlah amaun yang ingin Anda keluarkan. Minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan. Klik Seterusnya.Cara Keluarkan Wang ASB
  7. Sila semak semula butiran bank Anda dan kalau betul klik Teruskan.
  8. Klik Permintaan TAC dan klik Seterusnya.
  9. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon Anda berdaftar.
  10. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online sudah selesai. Sila tunggu dalam tempoh satu (1) hari bekerja wang masuk ke akaun bank Anda.

Untuk makluman, pengeluaran wang ASB secara online ini percuma dan semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Cara Keluarkan Wang ASB di Kaunter

Anda juga dapat mengeluarkan wang ASB di kaunter atau cawangan ASB berdekatan. Yang perlu Anda siapkan iaitu:

  • Kad pengenalan
  • Isi Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  • Buku Akaun (optional)

Anda boleh keluarkan wang di ejen-ejen berdaftar dibawah ini:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic
  • Bank Muamalat
  • HongLeong Bank
  • HongLeong Islamic Bank
  • Bank Islam
  • AFFIN Islamic
  • POS Malaysia

Langkah-langkah keluarkan duit ASB di Bank BSN:

  1. Sila membawa kad pengenalan atau IC.
  2. Pergi ke ejen/cawangan kaunter ASB berdekatan.
  3. Pegawai kaunter akan memberikan Anda borang untuk diisi.
  4. Masukkan Nama, IC/Kad Pengenalan, nombor akaun ASB dan jumlah duit yang ingin dikeluarkan.
  5. Ambil nombor giliran.
  6. Tunggu nombor giliran Anda dipanggil pegawai kaunter. Sila beritahu atau cakap bahawa Anda ingin keluarkan duit ASNB.
  7. Selepas itu akan ada pengesahan data dan cap jari.
  8. Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank BSN Anda.

Sekiranya Anda mahu keluarkan wang ASB secara tunai, sila pergi ke POS Malaysia. Untuk langkah-langkahnya sama sahaja, seperti keluarkan wang di bank.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa BukuBolehkah saya keluarkan duit ASB tanpa buku? Jawapannya tentu sahaja boleh. Pada masa ini, pengeluaran wang ASB tanpa buku tidak lagi diperlukan.

Yang perlu Anda lakukan iaitu, Anda mengisi mengisi Borang Jualan Balik ASB dan membawa kad pengenalan pemegang unit sahaja.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak keluarkan duit ASB secara online dan langkah-langkah keluarkan duit ASB tanpa buku. Semoga maklumat yang kami kongsi dapat bermanfaat untuk Anda.