[Update] Cara Pinjam SOS Topup Umobile Pasti Berjaya

Bukan sahaja Digi yang mempunyai perkhidmatan pinjaman kredit SOS. Umobile juga menyediakan perkhidmatan pinjam kredit atau dikenali sebagai SOS top Umobile supaya kita dapat hutang kredit pada masa kritikal dan benar-benar perlu telefon atau SMS.

Tetapi bagaimana cara meminjam kredit SOS Umobile ini? Jom ketahui syarat dan terma yang mesti dipenuhi sebelum mengaktifkan ciri ini.

Cara Pinjam SOS Topup Umobile
Cara Pinjam SOS Topup Umobile

Syarat Pinjam Kredit Umobile

Ada beberapa syarat utama yang perlu Anda penuhi sebelum meminjam kredit dari Umobile ini iaitu.

  • Anda adalah pengguna Umobile aktif.
  • Pinjaman kredit Umobile hanya untuk pelanggan Umobile.
  • Anda telah membayar pinjaman kredit SOS Umobile terlebih dahulu (jika ada).

Cara Pinjam SOS Topup Umobile

Umobile telah memberikan layanan kepada pelanggan untuk meminjam atau hutang kredit, di mana jika kita telah topup kredit Umobile, secara automatik akan dipotong mengikut jumlah kredit yang kita pinjam.

Syarat untuk dapat berhutang kredit topup Umobile SOS iaitu nominal kredit utama tidak boleh melebihi RM0, jika baki masih lebih daripada itu, Anda tidak akan dapat meminjam kredit SOS.

Kredit topup Umobile ia tidak boleh digunakan untuk membeli kuota internet, ia hanya boleh digunakan untuk menghantar SMS atau telefon.

Sama seperti cara pinjam kredit Maxis, cara pinjam kredit Umobile cukup mudah sila ikuti sahaja panduan dibawah ini.

  1. Dial di skrin telefon bimbit Anda *118*3*7#
  2. Seterusnya pilih jumlah kredit
  3. SMS akan dikirim selepas topup berjaya
Note : Caj perkhidmatan akan dikenakan setiap transaksi berjaya sebesar RM0.20

Tempoh aktif maksimum ialah 7 hari. Jadi gunakanlah pinjaman SOS yang Anda miliki dengan baik.

Amaun Tempoh Valid
RM1 1 hari
RM3 3 hari
RM5 5 hari
RM10 7 hari

Apabila Anda sudah berjaya meminjam pulsa SOS dan mahu meminjam semula, ia tidak dibolehkan. Kerana pulsa kecemasan SOS boleh dipinjam sekali dan mesti dilunaskan terlebih dahulu apabila menambah kredit seterusnya, maka Anda boleh meminjam kredit topup SOS lagi.

Itulah maklumat tentang cara hutang kredit topup SOS U mobile Malaysia. Semoga maklumat ini dapat memberikan penyelesaian kepada masalah Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *