Cara Share Top Up Celcom

Credit Share Celcom adalah satu lagi perkhidmatan tambah nilai baru yang membolehkan pelanggan prepaid dan postpaid Celcom melakukan transaksi berikut, bila-bila masa dan di mana sahaja melalui SMS dan USSD.

  • Share atau transfer credit mereka dengan keluarga dan rakan mereka dalam rangkaian Celcom.
  • Request credit dari keluarga dan rakan mereka dalam rangkaian Celcom (tidak berlaku untuk postpaid)

Cara Share Top Up Celcom

Cara Share Top Up Celcom Melalui USSD

Cara Share Kredit Celcom ke CelcomCara share topup kredit celcom boleh dilakukan melalui kod USSD.

  1. Dial *365*3#
  2. Pilih 1 bagi Transfer Credit
  3. Masukkan nombor penerima
  4. Masukkan jumlah Amount yang ingin dihantar
  5. OK

Cara Share Top Up Celcom Melalui SMS

Cara Share Top Up Credit Celcom Melalui SMSJika Anda ingin tahu cara transfer kredit celcom melalui SMS, sila lihat cara dibawah.

  1. Taip RM<amount>
  2. Hantar ke nombor tujuan

Contoh: RM10 hantar ke 10119271234

Anda hanya boleh transfer kredit celcom ke pengguna celcom sahaja.

Yang perlu Anda ketahui iaitu, cara ini hanya berfungsi apabila nombor tersebut tidak ada dalam senarai kenalan telefon (contact list) Anda.

Sila cuba delete nombor penerima kemudian cuba kaedah ini. Ramai yang tidak berjaya menggunakan cara ini kerana tidak delete no orang yang kita nak share credit.

Cara Request Top Up Celcom Melalui SMS

Jika Anda mahu request topup credit Ceclom boleh guna cara ini.

  1. Taip RQ RM<amount>
  2. hantar ke nombor tujuan

Contoh: RQ RM25 hantar ke 10119274321

Jumlah amaun yang dibolehkan untuk transfer atau request kredit pengguna kad Celcom.

TypeJumlah Amaun Kredit
Prepaid to PrepaidRM1.00 - RM25.00
(Max RM25 per transaksi)
Postpaid to PrepaidRM1.00 - RM25.00
(Max RM25 per transaksi)

Untuk validitas/kesahan amaun berlaku sila lihat data berikut.

Credit AmountValidity
RM1.00 - RM2.001 hari
RM3.00 – RM25.003 hari

Maklumat Lanjut

Anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM0.50 sen untuk setiap transaksi untuk prepaid dan postpaid semasa pemindahan berjaya dan RM0.20 atas permintaan yang berjaya.

Selain itu, Anda dibolehkan melakukan transfer kredit ke beberapa pengguna nombor prepaid. Anda boleh transfer ke 1 (satu) nombor pada 1 (satu) kali.

Perkhidmatan ini hanya tersedia di dalam negara sahaja, jadi sekiranya Anda sedang berada diluar negara perkhidmatan ini tidak berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *