Cara Topup Digi Prepaid dan Postpaid

Perkhidmatan yang sangat baik dan kemudahan dalam setiap perkhidmatan adalah salah satu faktor penting untuk pelanggan menggunakan perkhidmatan pengendali selular.

Salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia, Digi, menawarkan banyak perkhidmatan selular kepada pengguna. Terdapat dua pilihan perkhidmatan yang boleh dipilih oleh pengguna, iaitu perkhidmatan prepaid atau postpaid.

Tetapi sudah tentu, apapun jenis perkhidmatan yang digunakan, Digi memudahkan pelanggannya mengakses setiap perkhidmatannya, termasuk perkhidmatan untuk meningkatkan kuota internet Digi dan kredit Digi.

Cara Topup Digi
Cara Topup Digi

Cara Topup Kredit Digi

Sila beli voucher Digi terlebih dahulu, pilih jumlah kredit yang mahu Anda isi misalnya RM5, RM10, RM15, RM30 dan seterusnya.

Sekarang taip *123*16 digit nombor voucher# lalu tekan OK/Call

Contoh : *123*6543210987654321#

Tunggu beberapa detik, Anda akan menerima mesej berjaya.

Cara Topup Kredit Digi Melalui Penjual

Sila lawati penjual kredit yang ada disekitar rumah Anda, lepas tu tulis nombor telefon Anda pada penjual. Penjual kredit akan topup kredit Anda secara elektrik.

Jika berjaya, Anda akan menerima mesej top up berjaya.

Cara Topup Kredit Digi Melalui MyDigi

Nak Topup Digi

Adakah Anda memiliki aplikasi MyDigi? Jika belum sila muat turun dahulu.

  1. Buka aplikasi Mydigi
  2. Pilih Reload
  3. Pilih jumlah yang mahu Anda topup misal RM10
    Cara Topup Kredit Digi
  4. Klik buy
  5. Sila bayar melalui debit, kartu kredit atau FPX perbankan online.
  6. Selepas bayar tunggu je, kredit pasti berjaya masuk.

Cara Topup Kredit Digi Online

Cara Top Up Digi

Anda juga boleh topup kredit Digi secara online melalui link:

https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/top-up/mobile

Caranya, silakan masukan nombor telefon Digi dan email Anda selanjutnya klik butang reload. Sila ikuti panduan yang dihantar oleh Digi pada email Anda.

Cara Topup Kuota Internet Digi

Kami menyarankan Anda untuk menggunakan aplikasi MyDigi, kerana aplikasi ini dapat dengan cepat mengisi kuota internet Anda hanya dalam hitungan detik sahaja. Syaratnya sila gunakan kredit telefon Anda untuk membeli kredit atau beli kuota internet Digi secara online dan bayar melalui card credit/debit.

Cara lainnya Anda dapat membeli kuota internet di marketplace, Digi Shop atau penjual kredit di sekitar rumah Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *