Semakan Baki PTPTN

Pendidikan menjadi keperluan penting bagi seseorang dalam mempersiapkan masa depan. Malangnya, yuran pendidikan mahal sering menjadi penghalang untuk terus ke peringkat yang lebih tinggi.

Terutamanya jika Anda telah menamatkan sekolah, dan mahu melanjutkan pelajaran. Keperluan untuk wang boleh jadi lebih.

Tetapi jika Anda sudah mendaftar PTPTN dan mendapatkan pinjaman wang maka Anda harus membayar hutang PTPTN.

Terdapat cara mudah untuk semakan baki PTPTN iaitu secara online. Anda boleh menggunakan peranti handphone atau komputer yang mempunyai sambungan internet atau mempunyai kredit untuk semak baki PTPTN melalui SMS.

Anda dapat mengetahui informasi baki pinjaman pendidikan PTPTN secara real time sekaligus memudahkan Anda untuk membuat pembayaran hutang.

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh didapatkan dengan mudah jika Anda (pelajar) mahu melanjutkan pelajaran ke UA/IPTA/IPTS atau universiti awam.

Semakan Baki PTPTN
Semakan Baki PTPTN

Untuk makluman, bila Anda gagal membuat pembayaran pinjaman PTPTN akan menyebabkan nama Anda di senarai hitam oleh Imigresen/PTPTN dan juga CCRIS. Dan pasti Anda tidak boleh pergi keluar negara oleh pihak imigresen.

Cara Semak Baki Pinjaman PTPN Online

Semakan Penyata Pinjaman PTPTNAnda mesti mempunyai handphone/smartphone/komputer untuk membuat semakan baki secara online dan pastikan Anda mempunyai kuota internet.

  1. Sila layari laman PTPTN
  2. Klik ikon Semakan Penyata Pinjaman
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan AndaCara Semak Baki PTPTN Online
  4. Tekan butang carian

Setelah Anda berjaya log masuk, Anda dapat melihat Penyata Akaun PTPTN pada menu Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci.

Menu lain yang boleh Anda lihat setelah berjaya masuk laman PTPTN :

  • Penyata Baki
  • Penyata Baki Terperinci
  • Pendaftaran Baru
  • Senarai Pendaftaran
  • Sijil Induk Takaful
  • Tukar kata laluan dan alamat email

Semak Baki Pinjaman PTPN Melalui SMS

Anda boleh menyemak baki PTPTN melalui SMS. Sila taip format:

PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN hantar ke 15888

Contoh : PTPTN BAKI 836512312345 8888 hantar ke nombor 15888

PTPTN juga menyediakan perkhidmatan semakan lain iaitu:

Semakan PTPTN SMS Format
Semak Baki Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
Semak WPP Taip PTPTN<jarak>WPP<jarak>No Kad Pengenalan
Semak Baki Simpanan SSPN-i Taip PTPTN<jarak>SSPN<jarak>No Akaun
Semak Pelepasan Cukai  SSPN-i Taip PTPTN<jarak>SSPN CUKAI<jarak>No Kad Pengenalan

** Hantar ke 15888

Caj dikenakan sebanyak RM0.15 untuk SMS yang dihantar dan RM0.20 untuk penerima SMS.

Terlupa Kata Laluan PTPTN

Sekiranya Anda terlupa kata laluan untuk login PTPTN, sila klik pada link terlupa kata laluan. Maklumat link reset kata laluan PTPTN secara automatik akan dihantar ke email Anda.

Nombor Telefon PTPTN & Alamat PTPTN

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II,
    No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
  • Careline : 03-2193 3000

Itulah panduan semakan baki PTPTN online dan SMS, pastikan Anda membayar balik hutang mengikuti jadual yang ada.